‘Jaga Anak Lelaki Tak Sama Dengan Perempuan’- Ibu Ini Kongsi Tips Untuk Faham Kerenah Anak Lelaki

Mempunyai anak lelaki dikatakan menjadi ‘penguat semangat’ si ibu kerana akan bertindak sebagai pelindung apabila mereka meningkat dewasa. Namun, kerenah dan telatah anak lelaki adalah berbeza dari kerenah anak perempuan dari pelbagai sudut. Mungkin ada yang mengatakan bahawa menjaga anak lelaki lebih meletihkan dari menjaga anak perempuan. Ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Jadi, untuk ibu bapa semua, penting untuk anda memahami kerenah anak-anak lelaki supaya anda dapat mengikut dan memilih teknik yang betul untuk mendidik mereka.

TIPS UNTUK PAHAM KERENAH ANAK LELAKI KITA YANG COMEL

Minggu lepas pegi seminar technic reading by Founder Little Caliph, Teacher Fari. Dia ajar technic cepat membaca dan ajar juga perbezaan anak lelaki dan perempuan. Sedikit tips nak kongsi utk kita para ibu ayah yg ada anak laki. Jangan sekali-sekali bezakan anak lelaki dan anak perempuan. Beza dari segi kepandaian ke, cara belajar ke, mana lagi pandai ke anak laki ke anak pompuan ke, no no. Jangan bezakan. Cara anak laki belajar pun tak sama macam cara anak pompuan belajar. Totally different.

Meh kita baca kat bawah cara anak laki dengan anak pompuan belajar macam mana :

1. Anak perempuan bila balik sekolah, kita tanya dia, belajar apa kat skolah, dia boleh jawab belajar lukis bunga, belajar abc, sekian2.

Anak laki kalau kita tanya, dia pun jawab entah. Tak pun dia jawab solat. Semalam tanya jawab solat jugak, kemarin pun solat jugak. Memang takde belajar benda lain ke, haha. Aku try tanya Hamzah, belajar apa kat sekolah, dia jawab belajar makan. Laaaa patutla besar, belajar makan je kat skolah ye.

2. Anak laki lebih kepada mechanical function. Tu yang kalau tengok budak-budak lelaki, suka melompat, bergerak, berlari. Kadang kita panggil dia suruh duduk sebelah kita sekejap, dia datang duduk, lepas 5 saat dia hilang. Ini memang nature budak lelaki. Jangan expect dia macam anak perempuan, duduk diam2, baik-baik, no no. Boys will always be boys. Masa bergerak tulah dia belajar. Perempuan, masa duduk diam tulah dia belajar. Boys oh boys..

3. Anak yang lahir bulan 1 dan bulan 12, atau awal tahun dengan akhir tahun, kita tak boleh compare tahap pembelajaran dia, kerana semestinya yang lahir bulan 1 tu dah banyak progress dari yang lahir bulan 12.

Yang lahir bulan 1 tu by the time bulan 12, dia dah boleh berlari dah, yang bulan 12, baru keluar dari perut maknya, terkebil-kebil pandang syiling. Botol susu pun tak reti pegang lagi takkan nak compare yang dah berlari dengan yang tak pandai pegang botol susu lagi.

4. Sebenarnya anak laki ni bila belajar dia suka benda bergerak, dia suka hands-on (pegang-pegang, experiencing benda tu), suka eksperimen. Tak macam girl, girl ni kita bagi latih tubi pun dia boleh siapkan. Boy kita bagi latih tubi, selalunya tak siap. Tapi endingnya, latih tubi tak siap pun last jadi jugak orang, kerja jugak kat sirim, eh sirim tetiba.

Kesimpulannya, anak laki ni dia bukan tak pandai. Dia pandai, tapi learning method dan teaching method untuk anak laki berbeza dengan anak perempuan. Patutla hanzalah tu suka betul main-main pasir, kalau mandi dalam bilik air tu, habis dia campur ubat gigi dengan sabun shampoo semua (habis duit mami nak). Pak dia kata nak jadi ahli kimia kot. Suka main campur-campur semua benda. Eksperimen kuat sangat. Mainan elok-elok pun dibukanya sebab nak amik magnet kat dalam mainan. Takpelah hanzalah, dulu mami ayah tak paham. Dah pegi seminar, barulah paham. Patutlah hanzalah macam tu.

Pengajaran no 4 ni, kita nak didik anak kena ada ilmu. Kalau takda ilmu, tu yang jadi nak marah-marah anak, tak paham anak, suka melabel anak nakal, padahal sebab ilmu tak cukup.

Hari-hari doa kat Allah mintak nak anak pandai, nak anak pandai bukan Allah bagi *ting* magic. Terus pandai. Tak, tak, tak. Nak anak pandai, terimalah segala macam eksperimen, cubaan itu ini yang dia akan buat, dan main dalam proses Allah nak jadikan dia anak yang pandai seperti doa yang kita minta. *insaf mok

5. Masa belajar, anak perempuan duduk tepi tingkap takpa. Anak laki, jangan bagi duduk tepi tingkap. Ingat tak tadi, anak laki ni dia suka benda bergerak. Tu yang bila cikgu ajar, dia tak boleh fokus, pasal banyak gangguan tepi tingkap, kucing lalu dia pandang, burung terbang dia pandang, lipas, cicak segala jenis binatang dan manusia yang lalu dia pandang. Tu yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Make sure anak laki kita, bila belajar suruh cikgu letak dia kat depan. Tengah-tengah.

6. Ada tak kejadian bila kita menjerit panggil anak laki, dia macam buat-buat tak dengar? Sebenarnya, bukan dia buat-buat tak dengar. Dia memang tak dengar. Rasa macam eh tipu takkan tak dengar. Kuat kot bunyi takkanla tak dengar. Ye memang dia tak dengar.

Kajian menunjukkan anak laki tak boleh dengar bunyi yang berfrekuensi tinggi. Jeritan mak tu frekuensi tinggi la tu. Kalau suara bapak dia yang garau tu, tak yah jerit pun, laju je dia dengar. Macam mencabar keimanan mak je tau, ingatkan pura-pura tak dengar. So mak-mak kalau nak panggil anak laki, memang kena pegi dekat dia, lalu panggillah baik2, nescaya dia akan dengar. Tak caye boleh buat eksperimen. Anak perempuan, rasanya dua-dua dia dengar. Hahahah jerit pun dia dengar, pelan-pelan pun dia dengar.

*Girls can hear 10x better than boys. Oh no wonder.

Contoh lagi, kalau anak nangis, lagi-lagi yang suara nak dekat sama tu, (laki dan perempuan). Mak-mak boleh tau yang nangis tu yg mana. Patutlah, aku boleh tau suara maira ke uzair yg nangis. Dengar suara sekilas sudah ku tahu uzair yg nangis. Tanya suami kita, dia ada ‘kot2’ maira kot, uzair kot. Haha xpe yang, saya paham dah.

7. Bila kita marah boys suruh keep quite and sit down. Cuba perati berapa lama boleh keep quiet tu. Mesti kejap je, tiba-tiba 5 saat dia start cuit kawan dia. Teacher fari kata tu memang nature dia. Tak boleh duduk diam. Memang macam tu.

Penah tengok tak budak laki hafal quran macam mana, sambil hafal sambil bergerak, makin lama makin nak tunduk, macam nak sujud dah gayanya ke depan ke belakang. Oh patutla, kadang tengok sampai heran, semua duk menghafal gaya gitu. Siapa pernah nampak mesti boleh recall.

Ada lagi, pernah tengok tak budak lelaki solat? Kejap cuit kawan, pastu sambung solat, main tolak-tolak guna punggungla, tolak kawan sebelah kiri, tolak kawan sebelah kanan. Sampai rasa eh tak boleh solat diam-diam ke. Budak perempuan elok je solat diam-diam. Pakai telekong elok-elok, ikot setiap step. Budak laki, boring jap keluar saf main lari-lari jap, rakaat nak abes, baru dia masuk saf balik. Takut kena rotan dengan ayah lettew.

Kalau girls, masa makan pun duduk elok-elok je, masa rehat, rehat ngan kawan sama-sama, buka bekal, sit down, lepastu TALK, and TALK, and TALK and TALK seperti tiada hari esok. Sebab tula para suami, korang kena layan isteri bercakap, sebab yeah, girls memang suka bercakap. That’s their nature like forever. Kalau korang tak layan isteri bercakap, tu yang dorang bercakap di fb tu. KRT dan segala jenis mak nenek tu u name it. Ok sekian, saja share untuk para ibu yang anak boys ramai macam kita ni. Tc Fari pun anaknya 4boys, patutlah dia paham sangat.

Lepas seminar, aku telah menjadi ibu yang baru. Yang lebih paham nature anakanak. Tiba-tiba anak bising dalam kereta, suruh diam. Diam 5 saat, tiba-tiba dengar dorang gelak terkekek-kekek tengah main cuit-cuit. Laaaa memang betol tak boleh duk diam sabar jela.. Allah hantar anak-anak untuk tarbiah mak ayah apa itu erti sabar sebenar.

Sumber : Nik Asma Nmr

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*