Harap ibunya baca berita ini…

Ramai tersentuh selepas membaca perkongsian mengenai seorang lelaki dan anak perempuannya di media sosial.

Khabarnya, dua beranak ini dari Pasir Gudang nak ke Pulau Pinang untuk mencari seseorang iaitu individu ‘kesayangan’ mereka berdua.

Mereka berdua membonceng sebuah motosikal yang sudah usang. Mungkin itu sahaja kenderaan yang mereka ada untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Si anak tetap ceria meskipun membonceng motosikal bersama bapanya tanpa topi keledar dan baju sejuk.

Mungkin dia tidak sabar lagi untuk menemui ibunya yang sekian lama tidak berjumpa.

Si bapa, biarpun terpaksa menanggung kepayahan tetap tersenyum demi memenuhi hajat anak perempuannya.

Mujur ada insan yang prihatin dengan nasib mereka berdua. Syabas diucapkan kepada abang-abang lori yang menghulurkan sumbangan serta menumpangkan mereka berdua sampai ke Pulau Pinang.

Kepada si isteri merangkap seorang ibu, harap dapat membaca berita suami dan anakmu yang sedang mencari kamu.

Sumber : MHETV via Sinar Viral

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*